Rosmah menang saman RM100,000 isu difitnah amal ilmu hitam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Isteri kepada bekas pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berjaya dalam samannya terhadap seorang pemilik akaun TikTok yang didakwa memfitnah beliau dengan tuduhan mengamalkan ilmu hitam dan perbuatan syirik. 

Walaupun Rosmah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta, mahkamah hanya membenarkan RM100,000. Tuntutan bagi ganti rugi teladan ditolak kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan defendan Ku Muhammad Hilmie Ku Din membayar RM100,000 kepada Rosmah sebagai ganti rugi, lapor Kosmo.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh selepas lelaki itu gagal hadir atau menjawab saman yang difailkan sejak tahun lepas.

Sebelum ini pada tahun 2023, Rosmah mendakwa terpaksa berhadapan dengan gangguan emosi dan kemurungan atas fitnah ini.

Saya mengalami gangguan emosi dan kemurungan. Saya hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.“, katanya

baca: barang kemas Rosmah