Kemasukan dan pekerjaan warga asing tanpa permit di Malaysia menimbulkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan penjualan barangan bersubsidi.
Menerusi TikTok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, satu kedai diterjah apabila ada barangan bersubsidi dijual tanpa permit.
Pekerja warga asing itu memaklumkan dia tiada mempunyai lesen atau permit bekerja, jelasnya dia bagaimanapun masuk negara ini secara sah.
Apabila ditanya mengenai pasport, pekerja wanita itu memaklumkan ia sudah lama hilang dan ini menyebabkan pihak imigresen menahan wanita tersebut.
Turut terlihat kedai kecil itu menjual barang bersubsidi termasuklah tong gas, gula dan tepung yang memerlukan permit untuk menjual.
Malah pemilik sijil (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM menggunakan alamat kedai yang betul tapi membuka cawangan di lokasi berlainan.
Menurut KPDN Perak, premis tersebut telah pun diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Manakala SSM pula telah mengeluarkan kompaun terhadap pemilik kerana berniaga di tempat yang tidak berdaftar.
Pihak imigresen menangkap seorang wanita yang bekerja tanpa permit dan Majlis Perbandaran Teluk Intan telah merampas semua barangan dan menutup premis berkenaan.
Baca juga: Suami mengaku Bonda Rozita mengurat dulu ketika berkenalan, ini respon tuan badan