Mesyuarat Jemaah Menteri telah berbincang untuk menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial daripada 13 tahun kepada 16 tahun, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia bagi membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin membabimbangkan.
Katanya, kerajaan akan turut meneliti keperluan serta mekanisme mewajibkan pendaftaran akaun media sosial menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, MyDigitallD dan pasport.
“Sebelum ini kita sebut had umur bawah 13 tahun. Tapi jemaah menteri pada hari ini telah membincangkan cadangan untuk menaikkan ke 16 tahun.
“Ini sama seperti yang dilakukan di beberapa negara termasuk Australia dan Indonesia.
“Cara had umur ini akan dikuatkuasakan adalah melalui pendaftaran berdasarkan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan juga MyDigital ID,” katanya dalam sidang media semalam.
Fahmi berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan yang mendalam bersama pihak Bank Negara Malaysia dan beberapa pihak yang lain berdasarkan pengalaman pelaksanaan sistem eKYC.
Menurut data UNICEF, dalam tempoh setahun, sekurang-kurangnya 4 % daripada kanak-kanak pengguna internet berumur 12–17 tahun di Malaysia pernah mengalami eksploitasi seksual dalam talian seperti pemerasan, berkongsi imej tanpa kebenaran, atau dipaksa melakukan aktiviti seksual.
Sementara itu sekitar 3 daripada 10 remaja pernah menjadi mangsa buli siber di Malaysia