Seorang penghantar makanan berjaya menyimpan wang sebanyak RM650,000 selepas lima tahun bekerja dalam sektor e-hailing.
Menurut laman berita VnExpress, lelaki berasal daripada China itu juga berjaya menyelesaikan hutang-hutangnya dalam tempoh tersebut.
Zhang Xueqiang bekerja 14 jam sehari dan mengamalkan gaya hidup yang sangat berjimat.
Menurut portal berita ETtoday, lelaki digelar sebagai ‘Raja Tempahan’ itu memperoleh pendapatan kira-kira 1.4 juta yuan (RM812,000) sepanjang tempoh tersebut.
Xueqiang mengehadkan perbelanjaannya kepada keperluan asas dan menyimpan sekitar 80 peratus pendapatannya.
Perjalanannya bermula pada tahun 2019 apabila perniagaan makanan yang gagal menyebabkan dia menanggung hutang sebanyak 50,000 yuan (RM29,000).
Bertekad untuk bangkit semula, dia berpindah ke Shanghai dan mula bekerja sebagai penghantar makanan dengan satu misi iaitu melangsaikan hutang secepat mungkin.
“Dia sentiasa berlari untuk menyiapkan tempahan dan menjimatkan setiap minit,” kata pengurusnya yang dikenali sebagai Yan.
Baca juga: Selepas ini platform pesanan Internet, media sosial dianggap berlesen automatik, apa maksudnya?