Hantaran terbaru Pendakwah bebas, PU Rahmat di Threads mencuri tumpuan tatkala ketika pempengaruh Hazwani Helmi dikritik kerana menggunakan produk boikot iaitu telefon pintar jenama Apple.
PU Rahmat memuat naik status pendek bernada gurauan, meminta netizen mengecam dirinya juga kerana turut menggunakan produk boikot.
“Guys jangan lupa kecam PU Rahmat peserta Sumud tu. Dia pakai iPhone, kita desak dia pakai public phone,” katanya.
Di ruangan komen, dia juga menjelaskan bahawa statusnya itu sekadar gurauan untuk mengendurkan ketegangan dan bukan untuk memprovokasi sesiapa.
Sebelum ini, Hazwani menjadi perhatian selepas tular gambarnya menggunakan iPhone 17 ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.
Bagaimanapun, Hazwani tampil menjelaskan bahawa telefon itu adalah pemberian seseorang dan digunakan bagi tujuan menghasilkan kandungan video.
Baca juga: Isu guna iPhone 17, Hazwani Helmi akhirnya ‘buka mulut’