Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut mengetahui kos untuk mengecat semula kediaman mewahnya menelan belanja sehingga RM250,000.
Dalam perkongsian di Instagram, Aliff berkata, sejak berpiindah ke rumah banglo tersebut ll 10 tahun lalu, inilah kali pertama dia mengecat keseluruhan bangunan rumahnya.
Dia juga hampir tidak percaya kos mengecat sahaja memerlukan ratusan ribu ringgit dan baru menyedari bahawa ia bukan kerja yang mudah.
“Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali. Tak percaya rumah saya ni hampir 10 tahun pindah dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya..
“Mungkin ramai tak percaya. Kos nak cat rumah amatlah mahal hampir mencecah RM250,000. Saya hampir tak percaya dengan harga yang agak mahal, sebab itu pada tahun sebelum ini saya hanya cat sendiri saja.
Tetapi saya tak mampu untuk cat keseluruhannya. Saya hanya cat di bahagian bawah dan juga depan. Baru saya tahu sebenarnya kos cat rumah bukan mudah seperti saya jangkakan…,” katanya.
Aliff Syukri berkata, dia bersyukur tahun ini diberikan rezeki yang lebih untuk mengupah kontraktor dan buat julung kalinya akan mengecat seluruh bangunan selepas 10 tahun.
Dia menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk memikirkan kos ‘maintenance’ sebelum memutuskan untuk membeli sesebuah rumah kerana harga untuk menyelenggara rumah tidak murah.
“Terima kasih Allah atas rezeki apa yang ada ini. Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.
“Saya bukan nak merungut, tetapi sebagai pendoman dan pengajaran untuk usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah pencaturan seperti saya, masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah.
“Perlu fikir kos luar jangka, forecast maintenance yang perlu ditanggung. Dengar memang macam mewah, tetapi hanya yang berhadapan tahu. Besar periuk, besarlah kawahnya. Tetapi saya bersyukur diberikan rezeki untuk terus menampung kos maintenance rumah saya,” kongsinya lagi.
Baca juga: “Tangan dia merayap ke arah saya” – Aedy Ashraf dedah insiden pahit, pelaku dianggap abang