Seorang ibu meluahkan rasa syukur apabila impian anaknya untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tercapai ketika menghadiri sebuah program di Sendayan.
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @sookhabakes berkongsi keterujaan anaknya yang sudah lama menyimpan hasrat mahu bertemu dengan Anwar Ibrahim.
“Tears of joy anak mama hari ni. Dia duk (selalu) sebut nak sangat jumpa PMX.
“Kebetulan hari ni ada event PMX datang Sendayan. Lima kali mama pusing cari parking yang dekat sebab nak angkut tiga anak.
“Alhamdulillah anak mama dapat selit celah-celah orang ramai nak bergambar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulisnya.
Menurut wanita itu lagi, walaupun dia sendiri tidak sempat bergambar bersama Perdana Menteri, dia tetap gembira apabila anaknya berjaya mendapatkan gambar kenangan tersebut.
“Walaupun mama tak dapat bergambar, anak dapat bergambar pun jadi lah. Nak sign dekat beg sekolah je tak dapat sebab marker pen dengan mama. Terima kasih Datuk Seri,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut menarik perhatian Anwar sendiri yang meninggalkan komen ringkas memberi nasihat kepada kanak-kanak terbabit.
“Belajar rajin-rajin. Dengar cakap ibu bapa dan sayangi mereka, Insya-Allah ada masa kita jumpa lagi!” tulis beliau.
Hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka dan pelbagai reaksi netizen yang tersentuh melihat momen ringkas antara pemimpin negara dan kanak-kanak berkenaan.
Baca juga: Anwar umum peruntukan RM42.3 juta, perkasa pembangunan syiar Islam di Negeri Sembilan