F1 kembali ke Sepang lepas 9 tahun, ini manfaat kepada Malaysia yang ramai tak tahu

Oleh MALAYSIADATELINE

Perlumbaan berprestij Formula One (F1) yang dianjurkan semula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober depan sejak kali terakhir acara itu berlangsung di negara ini pada 2017 sudah tentunya bakal mencetuskan fenomena luar biasa.

Khabar ini bukan sahaja disambut hangat oleh peminat sukan permotoran empat roda itu, malah pasukan ternama Formula 1 termasuk Ferrari dan Mercedes turut berkongsi keterujaan mereka mengenai kembalinya perlumbaan tersebut ke Sepang.

Namun tahukah anda, acara yang dijangka berlangsung pada 2 sehingga 4 Oktober itu turut membawa pelbagai manfaat penting untuk Malaysia terutamanya daripada segi ekonomi dan peningkatan imej negara.

Berikut kami kongsikan beberapa manfaat yang dinikmati oleh Malaysia susulan dipilih sebagai lokasi Formula 1 Grand Prix Gulf Air Bahrain untuk menggantikan perlumbaan asal sebelum ini terbatal di Sakhir akibat konflik di Asia Barat.

Limpahan Ekonomi dan Meningkatkan Peluang Pekerjaan

  • Penganjuran perlumbaan ini akan mencetuskan limpahan ekonomi melibatkan sektor hospitaliti, perhotelan, pengangkutan termasuklah perniagaan makanan dan minuman di Sepang dan kawasan sekitar.
  • Manfaat juga sampai kepada rakyat menerusi peluang pekerjaan kepada warga tempatan malah ruang perniagaan turut terbuka luas buat pembekal dan peniaga sepanjang perlumbaan berlangsung.
  • Pelumbaan ini sudah tentunya menarik kehadiran pelancong asing ke Malaysia sekali gus membantu merancakkan ekonomi terutamany melibatkan industri pelancongan negara.

Penjimatan Kewangan Melibatkan Kos Bernilai Ratusan Juta Ringgit

  • Malaysia tidak perlu membayar yuran pendaftaran perlumbaan berjumlah ratusan juta ringgit kepada syarikat F1 hasil keyakinan pihak Bahrain terhadap keamanan, kecekapan pentadbiran serta hubungan erat antara kedua-dua negara.
  • Perbelanjaan kerajaan hanya tertumpu kepada kos penyelenggaraan bagi menaik taraf litar SIC yang juga merupakan aset negara dengan melibatkan pembiayaan sekitar RM16 juta sahaja.

Peningkatan Imej Malaysia di Peringkat Global

  • Pemilihan Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara ini mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap tahap keselamatan tinggi dan kecekapan pentadbiran Malaysia.
  • Penganjuran acara ini juga akan membuktikan keupayaan Malaysia di mata dunia dalam menguruskan acara sukan antarabangsa bertaraf dunia sekiranya dapat berlangsung dengan lancar dan jayanya.
  • Liputan media antarabangsa yang meluas secara langsung turut menawarkan ‘promosi’ percuma kepada Malaysia daripada segi pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya.

Baca juga: Penaja rasmi F1, Gulf Air rancang perkenal penerbangan terus Bahrain-Kuala Lumpur