Abang ini bentang kain buat pekerja pembersihan solat beralaskan rumput, tuai pujian orang ramai

Oleh WAN SITI AMINAH

Baru-baru ini tular rakaman di media sosial memaparkan seorang pekerja pembersihan sedang menunaikan solat fardhu secara bersendirian pada waktu malam dekat satu kawasan terbuka.

Pekerja pembersihan terbabit bukan sahaja mendirikan solat di kawasan rumput malah turut menunaikan ibadah berkenaan tanpa beralaskan kain sejadah sebagai tempat untuk bersujud.

Prihatin dengan situasi tersebut, seorang lelaki yang lalu-lalang di lokasi itu kemudian memutuskan untuk mencari kain dalam keretanya supaya boleh dijadikan sebagai alas tempat bersujud buat pekerja berkenaan.

Menerusi satu perkongsian video dimuat naik di platform TikTok, mengibas sehelai kain ditemui di dalam keretanya agar bebas daripada sebarang habuk mahupun serangga dan melipatkannya kepada ukuran sejadah.

Lelaki itu juga sempat menghidu kain tersebut sebelum turut meminta kepastian daripada rakannya agar pekerja terbabit selesa menggunakannya sebagai tempat sujud ekoran tiada bau kurang menyenangkan.

Selepas mendapatkan kepastian, lelaki terbabit kemudian membentangkan kain itu di atas rumput sebelum pekerja pembersihan berkenaan sujud dan nampaknya selesa dengan penggunaan alas tersebut.

@jimscarterr

𝕋𝕒𝕓𝕦𝕣 π•₯π•¦π•’π•š

♬ Senja Asmara – Wak Dan & Iera Milpan

Pemerhatian ke atas video berdurasi 38 saat itu kemudian mendapati lelaki terbabit bukanlah orang biasa sebaliknya dipercayai pelakon dan bekas penyampai radio terkenal iaitu Jaa Suzuran.

Malah setakat artikel ini ditulis, perkongsian rakaman itu sudah berjaya meraih sebanyak 1.1 juta tontonan di mana 73,300 daripada pengguna platform TikTok memberikan tanda suka.

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna memuji perbuatan personaliti yang lebih mesra disapa sebagai Abe Jaa itu selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Beberapa pengguna TikTok juga tampil mempertahankan tindakan pekerja pembersihan berkenaan yang dikatakan warga asing itu ekoran mendirikan solat di atas rumput di kawasan terbuka.

β€œAlhamdulillah, terima kasih buat orang baik. Semoga Jaa Suzuran dan kawan-kawan dipermudahkan segala urusan dan dilancarkan rezeki. Amin,” kata seorang pengguna yang terharu dengan perkongsian itu.

β€œDi mana-mana boleh solat. Sekiranya dia yakin kawasan itu bersih, tidak mengapalah. Selebihnya, Allah lebih tahu niatnya. Solat jangan tinggal, tidak kira sibuk mana sekali pum.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: Terpedaya dengan skim pelaburan, pesara rugi hampir RM230k gara-gara percaya wanita warga asing