Abang Mujahid meninggal dunia

Oleh ARIF ATAN

Abang kepada Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa iaitu Ahmad Nazrien menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 pagi tadi.

Dr Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar berkongsi perkhabaran duka itu menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, sebentar tadi.

“Jenazah akan disimpan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh selepas Zohor.

“Kepada sesiapa yang ingin menziarah selepas pukul 11 pagi, boleh terus ke Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh.

“Marilah kita sama-sama doakan kekanda saya Ahmad Nazrien agar ditempatkan bersama para syuhada dan solihin. Aamiin,” katanya.