Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pemindahan pengantian injap di Intitut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Perkara ini disahkan oleh Pengurus Komunikasi Korporat IJN petang ini.
“Datuk Seri Abdul Hadi mengalami peningkatan gejala disebabkan oleh injap jantungnya bocor.
“Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti hariannya, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung dilakukan.
“Pada masa ini Datuk Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai sebahagian dari rutin pembedahan jantung.
“Jangka waktu 48jam akan datang adalah tempoh yang penting dalam penjagaan selepas pembedahan, dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi,” ujarkenyataan itu.
Difahamkan Ahli Parlimen Marang ini telah menjalani pembedahan jantung pada awal pagi tadi selama tiga jam yang dilakukan oleh panel yang diketuai oleh Perunding Kanan Kardiotorasik Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon yang juga Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Datuk Dr Suhaini Kadima Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.
“Dikalangan doktor melahirkan rasa gembira kerana pembedahan berlansung seperti yang dijangkakan dan parameter penting beliau setakat ini adalah stabil dan telah menasihatkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat,” ujarnya.