ABIM bantah Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015

Oleh MALAYSIADATELINE

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negeria 2015 yang memberi kuasa terlalu besar kepada badan eksekutif dalam mengambil tindakan dari aspek keselamatan dikhuatir akan berlaku penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim menyatakan ke khuatiran , ABIM menerui kuasa yang luas j diberikan kepada badan eksekutif itu i tanpa pemantauan daripada isntitusi yang bertanggungjawab , khususnya institusi kehakiman dan institusi Raja-raja Melayu.

“ABIM amat prihatin terhadap isu keselamatan dalam negara dan menyokong usaha terbaik pihak kerajaan untuk menangani sebarang aktiviti memudaratkan keselamatan negara.

“ Bagaimapun ABIM menilai sebarang usahsa yang dibuat perlu berlandaskan prinsip keadilan sejagat dan kedaulatan undang-undang serta menepati aspirasi demokrasi yang diamalkan di negara ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Fasal 5 Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 meletakkan kuasa yang besar kepada majlis tersebut dan dalam Fasal 6 pula menyenaraikan keanggotaan majlis tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dibant oleh
Timbalan Perdana Menteri serta beberapa Menteri lain.

“Ini secara jelas memberi kuasa yang terlalu besar kepada badan eksekutif dalam mengambil tindakan dalam aspek keselamatan tanpa melibatkan badan perundangan dan kehakiman,” ujarnya.

Mohd Raimi juga berkata, ABIM berpandangan Rang Undang-undang yang akan digubal ini bercanggah dengan pelan tranfromasi yang dijanjikan perdana menteri sebelum pilhanraya umum ke 13 lalu yang menjanjikan tranformasi sistem perundangan negara ke arah penekanan kepada aspek keadilan dengan memansuhkan Akta Hasutan 1946, Akta ISA dan Proklamasi dan Ordinan Darurat.