Siapa menyangka pemilik rumah usang ini sebenarnya memiliki aset bernilai RM1.7 juta hingga mengejutkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Lembaga zakat negeri itu akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan siasatan dan terbongkarlah mengenai harta yang dimiliki keluarga wanita tua itu.
Keluarga Rokhimah Ismail, 67 memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.
Selain itu, keluarga wanita itu juga mempunyai sebuah rumah yang masih tidak berpenghuni kerana dijadikan rumah sewa, lengkap dengan bekalan elektrik dan air.
“Warga emas ini merupakan penerima bantuan zakat bulanan daripada pihak zakat
”Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya,” kata LZNK.
Sebelum ini tular seorang warga emas dikatakan terabai dan tinggal seorang diri di sebuah rumah usang di Alor Setar.
Bagaimanapun, Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.
”LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya.
Malah perkara itu juga diakui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.
”Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berkeras nak tinggal di situ (rumah usang).
”Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.

LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan warga emas tersebut tinggal di sebuah pondok pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga.
Namun malangnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut.
Rokhimah adalah penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020.
Selain itu dia juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.
Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid.
Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.
Walau bagaimanapun, pihak LZNK memaklumkan hasil rundingan bersama Makngah Rokhimah dan ahli keluarganya pagi tadi, dia akhirnya bersetuju untuk berpindah ke rumah berhampiran milik mereka yang lebih selamat untuk didiami.
Kadang kala warga emas ini lebih selesa tinggal di rumah sendiri maklumlah sudah biasa dengan keadaan sekeliling.
Baca juga: Papan pemotong hitam berdaki pun boleh putih kalau sental guna bahan ini, tak payah nak rendam sabun