Siapa sahaja tidak kenal dengan anak kepada artis veteran Uji Rashid, Cico Harahap yang sering menghiasi kaca televisyen lewat tahun 90-an.
Namun kebelakangan ini, namanya tidak lagi timbul dalam dunia seni dan rakan terdekat memaklumkan tentang masalah kesihatan di alami Cico.
Menurut Harian Metro, penyanyi, Salimey Abu Bakar berkongsi bahawa Cico memaklumkan dia tidak ada sumber pendapatan selepas alami masalah kesihatan.
“Cico Harahap beritahu dia tak ada sumber pendapatan sejak berdepan masalah kesihatan.
“Tiada siapa mahu mengambilnya berlakon kerana ada masalah percakapan.” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tambahnya Cico dirawat di hospital kerana menghidap masalah jantung hingga kakinya bengkak dan sudah dibenarkan pulang ke rumahnya sejak 1 Syawal lalu.
“Secara kebetulan, saya melawat keluarga mentua yang sakit di hospital sehari sebelum raya dan bertemu Cico yang turut dirawat di situ.
“Sepanjang yang saya tahu, Cico sudah lama sakit jantung dan dia dimasukkan ke hospital itu kerana kakinya bengkak.
“Cico beritahu, doktor benarkan dia pulang ke rumah di Ampang pada keesokan harinya (Rabu) untuk beraya bersama anaknya (1 Syawal),” jelasnya.
Pada masa sama Cico juga meluahkan kepadanya mengenai tiada bantuan daripada persatuan artis seperti Persatuan Seniman mahupun Persatuan Karyawan.
Tambah Salimey, dia juga merancang untuk membantu Cico mendapatkan bantuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat ini.
“Pejabat Perdana Menteri memang ada slot untuk membantu artis atau seniman yang memerlukan bantuan.
“Saya juga pernah membantu menguruskan Ali XPDC mendapat bantuan dari Perdana Menteri menerusi Setiausaha Sulitnya, Ahmad Farhan Fauzi, sebelum ini.
“Bagaimanapun, saya perlu periksa dahulu keadaan kesihatan Cico terlebih dahulu sama ada dia benar-benar layak untuk mendapat bantuan, sumbangan zakat dan sebagainya,” katanya.
Baca juga: Ini alasan Datuk Red enggan bergantung pada ‘gift’ TikTok walau raih puluhan ribu sehari