Yang di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar hari ini bertitah berkenaan dengan individu yang benar-benar layak sahaja yang diperkenankan untuk menerima anugerah daripada baginda.
“Setiap tahun saya akan mengurniakan darjah bintang dan pingat persekutuan kepada individu yang berjasa kepada negara. Walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertibangkan, saya juga akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan,”
“Mengikut pandangan saya, hanya individu yang lama berkhidmat dalam kerajaan dan yang berjaya harumkan nama negara wajar untuk diperkenankan.”
Menurut titah baginda, ada juga pihak yang cuba melobi baginda untuk mendapatkan pangkat.
“Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut, walaupun ada pihak yang cuba melobi saya..tetapi saya tak layan”
“Pangkat dato tan sri bukan untuk dijual, laburkan duit anda ke tabung jariah dan bantu orang miskin”
Baginda bertitah di istana negara sempena hari keputeraan Yang di Pertuan Agong hari ini.
baca: Sabu jumpa Agong