Adakah benar lawatan PM ke Arab Saudi satu kegagalan? Ini satu pencerahan

Oleh MALAYSIADATELINE

Adalah salah bagi pengkritik mendakwa bahawa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini tidak berhasil hanya kerana beliau tidak bertemu Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata penganalisis.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata kunjungan perdana menteri ke negara itu selama tiga hari baru-baru ini adalah atas jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu sendiri.

“Kalau tuduhan mengatakan Raja Salman dan Putera Mahkota seperti tidak mengalu-alukan Anwar, kenapa Anwar mendapat undangan? Dan lawatan itu mendapat komitmen sepenuhnya daripada konglomerat Saudi.

“Ini menunjukkan walaupun tak bertemu dengan Raja Saudi dan Putera Mahkota, bukanlah bermaksud Anwar tak direstui dan sebagainya. Tetapi disebabkan situasi tentatif menyebabkan pertemuan itu tidak dapat dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebagai Penjaga Dua Kota Suci umat Islam, adalah perkara biasa apabila terdapat perubahan pada jadual Raja Salman terutamanya apabila memasuki bulan Ramadan.

Perkara itu juga katanya telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri yang memberitahu beliau diminta untuk melanjutkan keberadaannya di Arab Saudi, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen lain serta jadual yang ketat.

Baca Artikel Penuh