Jarang untuk sesaorang wakil rakyat membeli roti canai, nasi lemak dan air kotak untuk petugasnya namun ia menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh Adun Meru, Dr Rani Othman untuk anak buahnya.
Ia dilakukan Dr Rani ketika bersama-sama sarapan pagi dengan penduduk di sebuah warung di kawasannya sebelum masuk pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) beliau.
Semuanya dilakukan Dr Rani sebelum berlepas ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor bagi menyertai mesyuarat di sana.
Sebagaimana biasa, sebelum berlepas ke SUK, pelbagai perkara perlu beliau selesaikan di pejabat PKM.
Di situlah juga beliau menyerahkan sumbangan SMUE (Skim Mesra Usia Emas) kepada warga Meru dari pelbagai bangsa yang kematian ibu bapa atau mereka yang melebihi umur 60 tahun.
Hari ini sekali lagi akhbar Tamil Nesan menyiarkan aktiviti Dr Rani ketika beliau merasmikan Thirukurral beberapa hari lalu.