Adakanlah segera sidang Parlimen, jangan dilihat derhaka

Oleh BORHAN AHMAD

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dipohon supaya jangan berdegil dan jangan dilihat derhaka dengan segerakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos depan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, dengan titah kepada kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara semalam, titah Yang Dipertuan Agong kekal sama, adakan sidang Parlimen segera.

“Titah YDP Agong tidak berubah setelah Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat menghadap semalam.

“Sebab itu buat segera sidang Parlimen bulan Julai ini. Sebelum 1 Ogos. Jangan tangguh tangguh.

“Mohon PM 8 jangan lengah, jangan degil dan jangan dilihat derhaka,” kata Puad hari ini.

Hari ini sepatutnya perdana menteri menghadap YDP Agong sebelum mesyuarat Kabinet.

“Tetapi batal kerana PM kena “diarea”,” tulis beliau dalam Facebookny.

Semalam, katanya, YDPA Agong titah kali ke 2 supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Apakah ada kaitan kejadian semalam dan hari ini? Kalau ada sesi mengadap hari ini, apa agaknya yang akan berlaku?” tanya Puad dalam posting itu.