Bila masuk ke rumah orang ni, jagalah tingkah laku, sedar diri anda hanya menumpang, bukannya nak bersyukur diberi tempat tinggal, sebarkan pula kebencian.
Masih wujud individu yang sebegini, hanya tahu melagakan orang demi kesenangan diri sedangkan urusan diri sudah dipermudahkan.
Seorang wanita terkedu dengan keluarga mentua, meskipun sudah cuba berbaik namun masih ada sahaja kekurangan yang berlaku.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Aku adalah seorang isteri yang tersakiti oleh keluarga mentua dan adalah kakak ipar pertama dalam keluarga suami.
Sepanjang empat tahun tu aku cuba mendekatkan diri dengan keluarga mentua namun mereka menyalahkan aku atas benda yang berlaku dalam rumah aku sendiri.
Ceritanya bermula apabila ada adik ipar aku yang menumoang tidur di rumah sebab rumah mentua dah penuh biliknya.
Ingatkan niat baik tu disambut elok tapi hal dalam rumah kami pula disampaikan ke telinga mentua.
Nak gosip dengan suami, bab makan aku ditambah dengan hal anak sekolah ke tak pun menjadi isu sedangkan anak aku tu baru tiga tahun.
Siap persoal cara aku sebagai ibu yang melayan anak-anak sedangkan yang bercakap tu pun tak kahwin lagi.
Sejujurnya aku kecewa sebab aku sendiri daripada keluarga yang tak sempurna, aku cuma harap kehadiran aku sebagai menantu diterima.
Tak banyak pun aku minta cuma jagalah adab, aku takut kalau aku bersuara nanti suami dan keluarga dia berbalah maka aku pilih untuk diamkan diri sahaja dahulu.
Baca juga: Suami tak terima kenyataan isteri lahirkan anak syurga, lafaz talak 3 dalam NICU