Afdlin Shauki pilih rakan anak jadi isteri, Mia Sara akui tiada masalah dengan ibu tiri muda

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak menghalang jodoh buat ibu bapa yang sudah bercerai, pelakon Mia Sara menerima keputusan bapanya Datuk Afdlin Shauki menikahi rakannya sendiri.

.Baginya sebagai seorang anak, dia menyokong apa sahaja dilakukan ibu bapanya untuk cari kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup.

Walaupun Afdlin dan isterinya, Marcella mempunyai jarak umur 25 tahun, bagi Mia ia bukanlah satu masalah lapor Berita Harian.

“Saya rasa okay sahaja sebab sudah rapat dengannya.

“Saya terima apa-apa perkara yang ibu bapa hendak buat untuk gembira. Saya ini siapa untuk cuba halang sesuatu.

“Iya, saya anak ayah. Tetapi saya tidak mahu ibu bapa tidak gembira,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Baca Artikel Penuh