Agong perkenan Tengku Permaisuri dimasyhurkan Pro-Canselor UiTM

Oleh KIM SYAZIE

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan pemasyuran Tengku Permaisuri pada istiadat konvokesyen UiTM ke-93.

Al Sultan Abdullah merupakan Canselor UiTM.

Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor bermula 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024 mengikut Seksyen 19B (1) Akta UiTM 1976.

Turut berkenan menyaksikan pemasyhuran tersebut adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Al- Sultan Abdullah dalam titahnya, pemasyhuran itu akan membuka lembaran baharu bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian tinggi awam yang unggul di negara ini.

Baca juga: Pemimpin terlibat rasuah: PH mahu kerajaan segera gubal Akta Dana Politik

Baca juga: Beri ayam makan ganja, dakwa hasilkan daging dan telur lebih baik