Ahli parlimen tidur bergaji, rakyat cadang tukar kerusi empuk dalam Dewan Rakyat

Oleh KIM SYAZIE

Gambar ahli politik yang lena diulit mimpi ketika parlimen sedang berlansung sering dikongsikan di media sosial.

Kehadiran mereka yang dibayar membuatkan rakyat tidak senang dengan tindakan sesetengah wakil rakyat itu.

Baru-baru ini, tular di laman aplikasi Twitter gambar seorang ahli parlimen tidur di saat wakil lain sedang membuat pembentangan.

Bukan kali pertama berlaku, rakyat tampil memberikan beberapa cadangan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang.

Ahli parlimen tidur bergaji, rakyat cadang tukar kerusi empuk dalam Dewan Negara
Mengambil contoh dewan rakyat di United Kingdom (UK), walaupun berkusyen, tiada kerusi individual disediakan.

Ahli parlimen di negara itu duduk bersama-sama di kerusi panjang tanpa meja bagi membahaskan usul.

Pandangan tersebut dikongsi rakyat di ruangan komen satu ciapan gambar ahli politik yang sedang tidur di laman aplikasi Twitter.

Baca Artikel Penuh