Ahli perniagaan sunat laser bina rumah mewah tengah kubur, siap ada kolam renang

Oleh KIM SYAZIE

Tular satu video di Jawa Barat, Indonesia, tentang penampakan sebuah rumah mewah yang dibina di tengah-tengah kawasan perkuburan.

Video tersebut mengejutkan ramai kerana kebiasaannya rumah mewah berada di kawasan kejiranan elit dengan pemandangan yang indah.

Penampakan rumah mewah di tengah kubur itu berlaku di Darma, Kuningan Indonesia.

Memetik Serambi News, pemiliknya mengakui menelan belanja yang cukup besar hingga Rp 5 bilion (RM1.6 juta) untuk membina istana mewah tersebut.

Menerusi akaun YouTube Rizquna Channel, sekali pandang rumah itu kelihatan seperti bangunan masjid.

Hanya ada kubur di sekeliling rumah, tiada bangunan lain kelihatan.

Pemilik rumah bernama Agus berkata, rumah mewahnya yang dibina tiga tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan tujuh bilik mandi, serta terdapat kolam renang di tingkat tiga.

Agus merupakan ahli perniagaan sunat laser yang terkenal di luar negara.

Baca juga: Patutlah lama tak nampak Salleh Yaacob, ini keadaan terkininya -“Tiap hari makan telur mata dan sardin je”