Rakyat Kedah terpaksa akur dengan keputusan MB baharu

Oleh MALAYSIADATELINE

Rakyat Kedah akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah perkenan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa esok, 4 Januari 2016.

Berikutan peletakkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini, melalui surat rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din menyatakan, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah perkenan Senator Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Adun Bakar Bata dilantik Menteri Besar selaras dengan Fasa (1) Perkata 35 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah yang dibaca bersama Fasal (2) (a) Perkara 37 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Majlis pelantikan Ahmad Bashah dan upacara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru negeri itu akan diadakan di Istana Anak Bukit pada jam 10 pagi esok.

Justeru hari ini berakhirlah 15 hari  penantian pemimpin dan rakyat  Kedah mengenai kemelut kepimpinan Mukhriz yang dicabar oleh 14 Ketua Umno Bahagian yang diketuai Ahmad Bashah pada 20 Januari lalu.

Surat rasmi yang diterima Mukhriz daripada pejabat SUK yang mengakhiri jawatannya sebagai Menteri Besar hari ini.Bermula dari tarikh itu membawa rentetan nama tiga Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) disenarai pendek bagi mengantikan Mukhriz oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk mendapatkan perkenan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Diikuti pula dalam pertemuan berasingan 20 Adun BN pada Isnin dan 13 Adun Pembangkang semalam, menghadap ahli Jemaah Pemangku Sultan, mengakhiri episod perebutan kerusi MB di negeri jelapang padi itu.

Akhirnya Mukhriz mengumumkan secara rasmi peletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta hari ini.

Rentetan yang berlaku dalam tempoh 15 hari ini juga menyaksikan  sebanyak lima nama telah disenaraikan sebagai calon bagi mengantikan Mukhriz.

Nama Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk mengambil alih pentadbiran daripada Mukhriz dengan alasan pemimpin senior dan lama menjadi wakil rakyat.

Selain tiga Exco yang sedang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Mukhriz antaranya Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Adun Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Exco Agama dan Pelancongan) dan Adun Tanjong Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco Pendidikan dan Pengangkutan).

Bagaimanapun, sebaik sahaja Najib selesai menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 26 Januari lalu, timbul lagi spekulasi nama baharu membabitkan Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Hussain.

Sepanjang 15 hari krisis berlaku protes telah diadakan hampir setiap malam dikalangan ahli akar umbi yang diketuai kumpulan rebel Umno seperti Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) membabitkan beberapa cawangaan seperti di Jerlun dan Merbok malah dengan  pelantikan baru Menteri Besar dijangka protes ahli akar umbi ini akan diteruskan di 21 Bahagian Umno walaupun ia tidak dapat mengubah sebarang keputusan  yang dibuat hari ini.

Kajiselidik Jabatan Penerangan Negeri Kedah sia-sia bukti sokongan rakyat terhadap Mukhriz
Mukhriz  dan Tun Siti Hasmah dalam suasana hiba ketika bertemu selepas pengumuman dibuat oleh Mukhriz pagi tadi.Dalam tempoh krisis itu juga Jabatan Penerangan Negeri Kedah telah lebih awal menyediakan empat jenis soalan kajiselidik terhadap krisis berlaku pada hari sama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang akhbar pada 20 Januari lalu untuk menolak Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ini jelas menunjukkan krisis kepimpinan Mukhriz di tahap parah apabila kajiselidik itu dilakukan mengunakan teknik ‘snowball’ pada 20-21 Januari lalu yang banyak menimbulkan pertikaian dikalangan pro kumpulan Ahmad Bashah.

Borang kajiselidik dalam talian diedarkan melalui facebook dan whatapps kepada rakyat Kedah oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah. Jumlah responden yang menjawab borang soal selidik dalam talian adalah seramai 10,185 orang.

Tujuan kajiselidik dilakukan bagi mengenalpasti sokongan rakyat negeri Kedah serta impak terhadap desakan memohon dan merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta Menteri Besar Kedah.

Bagi profil kajian membabit 10,185 responden yang membabitkan 6,060 (59.5%) adalah responden lelaki dan respondon perempuan 4,125 (40.5%). Jumlah itu mewakili 9,763 responden Melayu (96%), 200 Cina ( 2%), India 122 (1%) dan Bumiputera 100 (1%).

Kategori umur responden terbabit antara 20-39 tahun mewakili 6,601 (64.8%), umur 40-49 seramai 2,234 (21/9%) dan 50 tahun ke atas seramai 1,350 (13.3%) yang terbabit dalam kajiselidik dilakukan.

Kesimpulannya daripada dapatan kajiselidik itu jelas menunjukkan majoriti masyarakat tanpa mengira ,umur,etnik dan klasifikasi pekerjaan menolak tindakan pemimpin Umno Kedah mendesak dan merayu perdana menteri membuat perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta menteri besar Kedah.

Malah responden yang  terbabit juga melihat tindakan tersebut sebagai boleh memberi impak yang tidak baik dalam sokongan rakyat kepada kepimpinan Umno.

Tindakan pemimpin Umno adalah tidak wajar dilakukan, khususnya ketika mana Umno sedang menghadapi saat getir tekanan dan desakan daripada pelbagai arah.
Dan rakyat pula mengharapkan pemimpin lebih memberi fokus kepada langkah mengatasi masalah ekonomi bagi meningkat kesejahteraan hidup rakyat.

Kata Pengarah Penerangan Negeri Dr Haniff Hassan, hasil kajian itu mendapati majoriti masyarakat tanpa mengira jantina, umur dan etnik serta klasifikasi pekerjaan menolak tindakan pemimpin Umno Kedah itu.

Rakyat mengharapkan pemimpin lebih memberi fokus kepada langkah mengatasi masalah ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Daripada kajiselidik itu juga Mukhriz dikatakan lebih berkeyakinan kepimpinannya diterima oleh rakyat negeri Kedah berbanding pemimpin Umno sendiri.

Soalan-soalan kajiselidik dan dapatannya:
1. Adakah anda bersetuju dengan desakan pemimpin Umno Kedah?
Analisis: Majoriti responden sama ada lelaki dan perempuan Tidak Setuju dengan desakan pemimpin Umno Kedah supaya MB meletakkan jawatan. Jika berdasarkan etnik semua kaum Tidak Setuju dengan desakan itu. Majoriti responden tidak bersetuju 97.2%, namun pemimpin politik dan pemimpin masyarakat yang menunjukkan tahap tidak bersetuju yang rendah berbanding kategori penjawat awam,swasta, pekerjaan lain dan NGO.

2. Adakah tindakan ini memberi impak terhadap sokongan masyarakat di Kedah terhadap Umno?
Analisis :Semua kategori umur dan semua klasifikasi pekerjaan Bersetuju tindakan ini akan memberi impak sokongan masyarakat terhadap Umno. Manakala semua etnik Bersetuju tindakan ini memberi impak kepada soongan masyarakat namun orang Cina, India dan Bumiputera melihat implikasinya lebih rendah berbanding Melayu. Manakala pemimpin politik dan NGO merasakan impak ini adalah berkurangan berbanding kategori lain.

3. Adakah tindakan pemimpin Umno Kedah merupakan satu tindakan yang wajar?
Analisis : Sama ada responden  lelaki dan perempuan merasakan tindakan pemimpin Umno Kedah Tidak wajar dilakukan. Semua lapisan umur dan etnik juga sependapat bahawa tindakan pemimpin umno Tidak wajar. Begitu juga dengan semua klasifikasi pekerjaan namun pekerja swasta dn penjawat awam memperlihatkan rasa tidak wajar itu lebih tinggi berbanding kategori lain.

4. Apakah pandangan dan harapan anda mengenai isu ini?

Analisis :Kerajaan perlu fokus utama perlu diberi kepada pembangunan ekonomi dan kebajian rakyat yang sedang gawat bukannya politik. Desakan perlu dihentikan bagi memastikan BN terus mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Tukar pemimpin harus mengikut cara yang betul. Mukhriz tidak perlu tunduk kepada desakan dan beliau perlu dikekalkan kerana membawa kemajuan di Kedah, disenangi oleh rakyat tanpa mengira parti, mendapat sokongan golongan muda dan berkarisma serta cerdik.