Aras air Sungai Langat di Pekan Kajang, daerah Hulu Langat kini berada pada aras bahaya dengan tren air menaik.
Aras air Sungai Langat di Taman West Country, daerah Hulu Langat juga dimaklumkan telah berada pada aras bahaya dengan tren yang sama.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan sebentar tadi dan menasihatkan agar penduduk sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa
Merujuk laman web Public InfoBanjir, setakat jam 6.45 petang, paras air Sungai Langat sudah berada pada amaran jingga iaitu amat buruk.
