Siapa yang tak suka ayam goreng panas dan rangup? Beli dekat pasar malam pun, walau dah sejuk tetap sedap!
Sebenarnya, rahsia ayam kekal rangup terletak pada teknik celup dua kali dalam tepung, simple tapi sangat berkesan.
Ramai tak tahu, cara ni buat salutan lebih garing dan tahan lama. Tak hairanlah ayam goreng jadi pilihan ramai, terutama bila ada jamuan sekolah atau acara keluarga.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Hazwani Abd Razak menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Cara buat ayam goreng guna teknik dua kali celupan
Bahan-bahan:
- Tepung bestari (lebihkan)
- Tepung gandum
- Air
Cara-cara:
- Pastikan ayam dipotong kecil dan basuh hingga bersih.
- Kemudian perap ayam bersama tepung bestari dan air selama 30 minit.
- Sediakan salutan tepung kering, bestari ditambah tepung gandum.
- Pastikan setiap ayam disalut dengan sempurna.
- Rendam pula ia dalam air selama 20 saat dan toskan lebihan air.
- Salut semula ayam dengan tepung kering dan toskan ayam tu.
- Goreng dalam minyam banyak serta gunakan periuk kecil, jadikan ia seperti teknik ‘deep fry’.
Baca juga: 3 hari licin RM519k, isteri halau suami dari rumah lepas wang KWSP dihabis untuk berjudi