Program RXZ Members 6.0 yang diadakan baru-baru ini di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak mencuri perhatian ramai
Mana tidaknya, kehadiran seorang warga emas siap berserban namun masih gagah menunggang RXZ jenis RXZ 6 Speed membuatkan ramai kagum.
Dikenali sebagai Paksu Tomoi, warga emas itu dikatakan memang aktif menunggang motosikal yang sinonim dengan “hobi mahal” anak muda.
Dalam satu perkongsian di laman kumpulan Facebook Marang Kiter Official, ramai rupa-rupanya mengenali lelaki warga emas tersebut.
Berdasarkan beberapa komen, Paksu Tomoi tidak pernah terlepas menyertai program RXZ members setiap tahun.
“Nampak anak-anak muda ikut dia… depan belakang jaga. Kalau singgah masjid semua singgah… ikut sekali. Pak cik ni tiap-tiap tahun hadir,” komen Mohamad Johari Abdullah.
Ramai netizen memuji kesungguhan dan semangat Paksu Tomoi sebagai “orang lama” walaupun usianya yang semakin lanjut.
Jika diamati, lelaki itu kemungkinan sekitar 60an atau 70an.
Baca juga: Terlalu ramai ‘enabler’ di Malaysia, peguam dedah kes pak cik mahu nikahi anak buah sendiri