Bila sudah berada dalam industri seni pastinya jadual kerja padat dan menyukarkan diri untuk melakukan aktiviti kebajikan.
Namanya semakin dikenali selepas muncul di kaca televisyen, pelakon Harrisa Adlynn sebolehnya mahu kekal membantu orang yang memerlukan.
Baru berusia 21 tahun, Harissa akui dirinya sudah aktif dalam kerja amal sejak remaja dan berharap perkongsiannya di media sosial tidak disalah erti lapor Kosmo! Online.
BUKAN sekadar memiliki wajah jelita, pelakon Harissa Adlynn merupakan seorang yang aktif melaksanakan aktiviti kebajikan sejak remaja.
“Terpulang kepada individu itu sendiri. Memang ada yang pilih untuk tidak kongsi, mungkin mereka takut disalah erti. Persepsi orang ini pelbagai dan tidak semuanya baik.
“Saya sendiri tidak kisah. Bila rasa mahu kongsi, saya sekadar muat naik untuk gunakan pengaruh yang ada bagi ajak pengguna media sosial sama-sama membuat kebajikan.
“Tak pernah pula rasa nak menunjuk-nunjuk atau riyak. Sebenarnya lebih ramai yang hendak ikut serta, tanya bagaimana mahu bantu dan sumbang.
“Kita kena lihat semuanya dari sudut positif,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Harissa memaklumkan penyertaannya dalam aktiviti kebajikan adalah untuk mengajar diri sendiri.
“Saya ini memang mudah menangis, tengok video kucing pun saya boleh menangis. Jadi jangan buat saya menangis, sebab itu saya selalu sertai program kebajikan sebab mahu ‘ajar’ diri.
“Tidak semua kita dilahirkan dalam keadaan senang. Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan.
“Jadi saya sentiasa bersyukur dan bantu mereka yang memerlukan apabila ada waktu senggang,” tambahnya.
Baca juga: ‘Bakers’ kampung jual kek harga RM150 tapi lain pula yang netizen tengok