“Aku bayar zakat puluh juta, tak ada pula orang puji” – Aliff Syukri berang dikecam netizen isu Ira Kaza

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan untuk nama usahawan sering terpalit kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam kerana ‘content’ yang melebih-lebih.

Bukan sekadar ‘content’, ramai juga yang berang melihat usahawan tersebut mengambil wanita dikecam ramai untuk mejadi model tudungnya.

Sebelum ini Aliff mengambil Mira yang dikatakan bercinta dengan suami majikan sendiri dan terbaru adalah Ira Kaza sebagai model tudung.

Menurut mStar, Aliff meminta orang ramai memandang daripada sudut postif kerana kasihan mereka dikecam itu sukar dapat pekerjaan.

“Kalau aku tak ambil (bekerja) orang yang kau burukkan tu nanti mereka tak ada job (kerja), kalau dia buat benda ta elok macam mana?

“Bukan suruh mereka selak kain, minta jadi model… apa masalah netizen,” katanya seperti dipetik mStar.

Tambahnya selama ini dia juga sering membuat kebaikan seperti membayar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan zakat sehingga mencecah puluhan juta ringgit.

“Inilah orang Melayu benda baik tak nak pandang, benda buruk sahaja pandang, saya bayar LHDN dan zakat puluh juta, ada orang pandang?

“Sebab itu saya nasihatkan jangan lihat perkara ini dari sisi negatif,” tambahnya.

Orang ramai bagaimanapun sudah muak dengan taktik pemasaran yang digunakan usahawan tersebut dan ramai memilih untuk tidak membeli produknya.

Baca juga: “Pakai tudung ni sekadar ikut trend ke?” Netizen perli Fathia Latiff lepas ‘on off’ bertudung