“Aku gaduh dengan mak, semuanya kerana doa supaya ditemukan jodoh yang jahat”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita nekad mahu mencari jodoh daripada kalangan pemuda yang ‘jahat’ meskipun keputusannya itu tidak dipersetujui oleh ibu kandungnya sendiri.

Bukan sengaja atau sekadar mengikut ‘trend’, keputusan itu diambil kerana gadis berkenaan mahukan jodoh yang sekufu memandangkan dirinya bukan di kalangan orang baik.

Menyimpan harapan agar dapat berubah dengan bakal suami bersama-sama kelak, berikut perkongsian wanita yang memiliki perspektif berbeza mengenai sikap segelintir lelaki.

“Disebabkan satu pernyataan, aku dengan mak pernah bergaduh. Mak cakap, ‘orang lain semua doa mahukan jodoh yang baik-baik, tetapi kau pula nak yang jahat. Guna akal dahulu sebelum bercakap’. Aku tak nafikan mungkin 99.9 peratus wanita dalam dunia ini mengidamkan jodoh yang baik. Namun tidak bagi aku.

“Sebabnya, aku sendiri bukanlah perempuan yang baik. Kerana sedar diri, aku mahu seseorang yang sekufu atau sama taraf dengan aku sebagai jodoh. Jika sebut lelaki jahat, mesti orang fikir mereka teruk dan tak layak dijadikan suami. Katanya pemuda seperti ini perlu dielakkan, lagi-lagi daripada dibuat sebagai menantu.

“Tetapi macam mana pula dengan lelaki jahat yang akhirnya berubah jadi baik? Atau lebih baik berbanding orang yang memang dari mula lagi baik? Lelaki yang tidak baik di masa lalunya berbeza dengan pemuda yang tak pernah terjebak dalam kejahatan. Kadang-kadang mereka puas dengan perkara yang pernah berikan ‘keseronokkan’.

Baca Artikel Penuh