Pastinya setiap imam ada cara yang berbeza ketika solat terawih, ada yang melakukan zikir dan ada yang langkau perbuatan tersebut.
Seorang wanita berkongsi pengalaman bersolat terawih di Perlis menerusi akaun TikTok, @fatinfaqihah__.
“Kat negeri mana lagi macam ni? Hanya kongsi pengalaman sebab I (saya) terpinga-pinga habis witir terus sunyi semua bangun dan bersurai,” ujarnya.
Rata-rata warganet menyatakan ia adalah perkara biasa dan menasihati wanita itu untuk tidak terlalu terkejut.
“Sabar kak, solat masih sah. Jangan cemas,” komen pengguna TikTok.
“Sebab tu islam kata belajar tu pun ibarat kita berjihad di jalan Allah. Teruskan belajar mazhab-mazhab kat dunia ni,” tambah pengguna lain.
“Biasalah tu. Lain padang lain belalangnya. Sedangkn terawih itu pun sunat, apatah lagi zikir antara dua rakaat,” ujar @Fiber.
Video tersebut bagaimanapun telah dipadam pemilik akaun dan memaklumkan bahawa dia hanya ingin berkongsi pengalaman dan bukan berniat sebaliknya.
Baca juga: Menyerupai kaum lain? Ini jawapan pejabat Mufti Wilayah mengenai hukum pemberian duit raya