Demi menghalalkan perhubungan, seorang wanita bersetuju untuk menjadi isteri kepada lelaki yang dikenalinya selama lapan bulan.
Mempunyai pendapatan tiga kali ganda lebih besar dari suami, wanita itu menerima jodohnya dengan redha walaupun tanpa cinta.
Bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki, perlakuan suaminya berubah setelah mereka sah bergelar suami isteri.
“Awal pernikahan pun aku dah tersiksa. Rupanya suami aku ni jenis orang yang tak pandai berkomunikasi hati ke hati. Komunikasi kan penting dalam hubungan.
“Respon dia setiap kali aku cuba slow talk ialah dia diam, termenung merenung dinding atau buat kelakar. Aku rasa macam “Am I a joke to him?”. Apabila kami bergaduh, memang suami aku mendiam dan melarikan diri. Dia macam tak nak bersemuka berbincang mengenai masalah.
“Pernah je tiga hari dia tak bercakap dengan aku. Aku bersemuka dengan dia sambil menangis pun dia buat muka selamba. Lepas tu aku mengandung. Aku ingatkan perangai dia akan improve rupanya sama ja. Aku minta dia gosokkan kaki dan belakang aku. Dia kata ‘awak tak urut saya pun’.
“Lepas balik kerja dari awal perkahwinan sampai sekarang, dia akan main Facebook. Tengok video content creator yang lawak-lawak. Dia akan terbaring sampai tengah malam. Bila aku tanya soalan, kali ke-5 baru dia jawab sebab dia utamakan handphone berbanding aku. Aku rasa sangat kesunyian selepas bernikah dengan dia.
“Klimaks dia semasa aku berpantang. Luka jahitan aku besar ya. Aku minta tolong pakaikan stokin. Dia kata kejaplah sambil terus main telefon. Dia tak peduli. Aku tak boleh pakaikan sendiri sebab luka terlalu sakit dan tak boleh tunduk. Aku berpantang kat rumah mentua, lagilah aku rasa alone sangat. Bilik kami di tingkat dua dan ruang tamu di tingkat bawah. Jadi aku duduk dalam bilik je dengan baby.
“Mertua akan ambil baby dan turun ke bawah bersama dia waktu petang. Tinggallah aku keseorangan. Mertua janji jaga aku dan baby, rupanya nak jaga baby ja. Sama dengan suami aku. Sekarang aku dah nampak yang kalau aku jatuh sakit, suami aku takkan jaga aku. Kalau berpisah esok pun, tiada kenangan manis yang akan bermain di minda.
“Jadi tujuan aku adalah untuk memberi peringatan kepada semua wanita bujang di ar sana. Aku sekarang berumur 28 tahun, anak kami 9 bulan. Boleh tak ibu tunggal beri semangat untuk aku jadi ibu tunggal? Apa yang perlu aku sediakan? Aku tak nak sia-siakan hidup aku lagi. Aku bersedia untuk kekalkan hubungan baik sebab anak.
“Aku rasa aku ini hanya isteri di atas kertas. Suami aku tidak menunaikan nafkah batin kepada aku. Tiada perhatian, tiada kasih sayang, tiada bimbingan agama,” katanya.
Baca juga: Dah tak perlu beratur di Bank, wanita tawar khidmat tukar duit raya jadi tular