Ada ibu bapa yang terlalu mengatur kehidupan anak-anak sampai jodoh mereka ditentukan tanpa mengira kepuasan hati si anak.
Sampai sanggup nak ugut untuk ambil nyawa sendiri hanya kerana tidak puasa hati dengan pilihan anak.
Seorang wanita pasrah menjadi menantu rahsia selama 10 tahun demi menga mental mak mentua yang tidak menyenangi kehadirannya.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.
Saya ini adalah seorang menantu rahsia dan suda 10 tahun bernikah dengan suami tanpa pengetahuan ibu atay bapa mentua.
Suami saya terlalu baik, makan pakai nafkah zahir batin semua dijaga. Menatang saya seperti minyak yang penuh dan sangat taat pada ibu bapa nya.
Cuma kami tidak tinggal bersama kerana status ni menjadi rahsia, sebabnya adalah kerana cinta tak direstui.
11 tahun lalu masa suami bawa saya berjumpa ibu bapa dia, mama telah beri kata dua, nak pilih saya jadi isteri atau mama mati.
Kasihan suami masa tu, saya telah undur diri, tapi suami kecewa sampai kemalangan dan masuk hospital.
Dari sana hubungan kami diteruskan dan kami berdua telah kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapa suami.
Mereka yang tahu rahsia ini hanya adik ipar (adik suami) dan anak tiri saya (anak suami). Masa berkenalan dengan husband dulu dia dah duda hampir dua tahun.
Masa tu anak dia masih kecil lagi, umur 6 tahun. Sekarang dah umur masuk 17. Pandai dia simpan rahsia daripada pengetahuan nenek dan atok.
Kadang-kadang keluarga saya tanya sanggupkah saya hidup sebagai satu rahsia selamanya, macam tak normal bagi mereka.
Saya tak mahu desak sebab suami cakap kalau mama dia tahu maka berakhirlah perkahwinan kami berdua.
Sebagai manusia, tipulah kalau saya cakap saya tak mahu mengalah tapi suami terlalu baik dan setia, cumah harapan saya agar mentua terbuka hati untuk terima.