“Aku pun bayar separuh komitmen rumah, kenapa susah suami nak ringankan beban aku bila cuti”

Oleh MALAYSIADATELINE

Bagi pasangan yang keduanya bekerja mesti merasa penat terutamanya di hujung minggu dan pastinya mahu rehat secukupnya

Tapi ada juga pasangan yang tak memahami dan melepaskan tanggungjawab kepada seorang sahaja sedangkan si isteri sudah menyenangkan komitmen lain.

Seorang wanita mengadu penat dengan suami yang tak memahami dirinya sedangkan dia juga bekerja dan mahukan rehat tapi urusan anak semua diuruskannya.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Jahatkah aku sebagi isteri rasa tak reda dengan setiap duit dan tenaga yang aku keluarkan untuk suami.

Kami berdua kerja, belanja rumah, mengasuh, kos susu pampers, masak, kemas rumah semua aku yang buat,

Suami bayar kereta, rumah dan bil-bil. Pagi suami kerja pukul 10 malam baru balik jadi dia tka boleh tolong aku buat kerja rumah.

Ibaratnya suami cuma balik untuk makan dan tidur, aku faham tapi aku pun kerja juga, aku pun bayar juga komitmen lain yang ada.

Nafkah tak perlu tanya sebab aku faham gaji suami hanya RM2k tapi kadang bila hujung minggu aku penat dan harapkan dia tolong uruskan anak.

Aku sampai rasa putus asa sebab semua atas bahu aku, hubungan dia dengan keluarga masih tak rapat walaupun dah empat tahun kahwin.

Sedangkan aku terima sahaja keluarga tapi dia macam tak boleh terima keluarga aku tu.

Satu yang aku hormat adalah dia masih layan anak dengan baik-baik lepas balik cuma itulah, aku ni penat juga.

Baca juga: Apa hukum lafaz cerai dalam ‘live’? Pendakwah ulas isu talak 2 diucap suami Siti Jamumall