“Aku sentiasa senyum depan suami. Dosakah aku pura-pura bahagia tapi hati derita”

Oleh WAN SITI AMINAH

Demi kebahagiaan suami dan dua orang anaknya, seorang wanita sanggup berpura-pura bahagia sedangkan batinnya sangat menderita.

Rupa-rupanya, wanita yang dikenali sebagai Hanis itu masih tidak dapat melupakan pengkhianatan dilakukan suaminya walaupun telah lama memaafkan lelaki tersebut.

Hati Hanis masih terluka malah semakin sakit seolah-olah dikoyakkan berulang kali setiap kali melihat kebaikan yang dipamerkan bapa kepada dua orang anaknya itu.

Kehidupannya berubah sekelip mata selepas menerima panggilan daripada seorang rakan, berikut perkongsian Hani yang khuatir dirinya berdosa akibat kesilapan suami.

“Aku seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak-anak comel. Mereka berumur 12 dan sembilan tahun. Aku seorang isteri taat yang sentiasa mendahulukan keluarga melebihi diri sendiri. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu. Ketika itu, aku sedang bekerja untuk membantu meringankan beban suami dalam mencari nafkah.

“Aku mendapat panggilan daripada seorang kenalan. Maklum kenalan tersebut, dia ternampak suami aku mendaftar masuk sebuah hotel bersama seorang wanita. Pada mulanya aku tidak percaya. Tetapi selepas beberapa keping gambar dihantar melalui Whatsapp, terbukti suami yang aku hormat dan sanjung rupanya curang di belakang.

Baca Artikel Penuh