“Aku tahu kewangan tunang macam mana, bila mak dia masuk campur hal kahwin, mulalah…”

Oleh MAISARAH AISYA

Mak-mak jangan jadikan perkahwinan anak-anak sebagai medan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan tanpa mengetahui tahap kewangan mereka.

Kebanyakan anak muda zaman sekarang tidak mahu terbeban dengan majlis besar-besaran namun terpaksa berhutan demi memenuhi permintaan keluarga.

Seorang wanita berkongsi bagaimana dia dan tunang merasa tidak selesa apabila bakal mak mentua mula meminta tunangnya memberikan dirinya barang dengan harga mahal.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Pengenalan ringkas, aku wanita 20an dan sudah bertunang. InsyaAllah bulan Jun nanti aku akan disatukan dengan cinta hatiku.

Orang selalu kata, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Begitu juga dengan perkahwinan. Sentiasa akan ada cobaan walau sebelum kahwin lagi.

Baru-baru ni tunang aku ada call mengadu yang mami dia tengah merajuk dengan dia.

Sebabnya dia tak belikan gelang yang lebih mahal untuk hantaran aku nanti. Gelang yang mami nak tu lebih daripada bajet dia.

Dia dah cuba bagitau mami yang bajet dia banyak tu je, tapi mami masih berkeras nak dia bagi lebih, sebagai tanda menghargai.

Menangis jugalah tunang aku siap tanya aku boleh terima ke tak pemberian dia tu sebab dia takut aku rasa dia tak hargai aku.

Mak mentua nak menunjuk

Aku pula memang tak kisah. Dia cakap nak bagi gelang pon aku dah seronok sangat dah. Aku tak expect dia nak bagi gelang, ingatkan cincin je. So aku memang tak kisah.

Tak ada lah murah sangat gelang tu RM2000+ juga. Tapi mami nak juga yang RM3000+.

Aku tanyalah kenapa agaknya mami nak sangat gelang tu. Dia kata mami tu nak menunjuk ja. Dia kenal sangat mami dia tu.

Kalau dari pihak aku, memang tak ada masalah. Keluarga aku jenis suka bersederhana. Masa tunang dulu pon dah nampak beza keluarga kami.

Hantaran aku punyalah simple, gubah pon sendiri je. Hantaran dia mewah, semua mahal-mahal. Sampai naik segan aku.

Buah dan kek pon aku beli dalam kampung je. Sebab keluarga aku sibuk uruskan majlis. Makan-makan buat dekat rumah kami. Memang tak ada yang sempat ke bandar.

Sampai sekarang aku masih segan dengan pemberian yang tak seberapa tu.

Hantaran pon mak aku minta ikut kemampuan dia ja. Asalkan dia tanggung semua hantaran tu, tak ada istilah kongsi.

Kadang orang kan letak hantaran RM14k tapi kongsi antara lelaki dan perempuan.

Jadi tunang aku setuju nak bagi RM10k. Kami pun setuju. Memang RM10k tu dia simpan sendiri hasil titik peluh dia. Tak minta pon dekat sesiapa.

Duit hantaran dulang pun dia tanggung sendiri. Temasuklah duit beli gelang. jadi memang itu sahaja bajet dia untuk gelang tu.

Dia pun ada target nak simpan untuk selepas kahwin juga. Jadi aku memang sokong plan dia. Kami setuju untuk bersederhana ja untuk majlis nanti.

Tapi sekarang ni mami memang merajuk betul dengan tunang aku. Tunang aku kata tak nak ikut mami sebab alasan mami tak munasabah.

Yela beli mahal untuk menunjuk pada orang je kan.

Aku pun tawar juga untuk beli gelang yang mami nak tu, tapi tunang aku berkeras tak nak ikut cara mami.

Mami cakap yang tunang aku tak menyimpan padahal aku nampak jerih perih dia kumpul duit.

Bergaduh di kedai sebab gelang

Merajuk dia dengan mami. Sedih sangat dengar dia luah. Malu dia sebab mereka sampai bertekak dekat kedai.

Tapi aku masih risau kalau berpanjangan rajuk mami. Aku masih buka peluang untuk bantu kalau-kalau rajuk mami tak surut.

Korang rasa macam mana, patut ke kami tetap dengan pendirian kami dan berkeras dengan mami atau patut ke kami ikut mami.

Jatuh ke air muka mami kalau kami berpendirian begini. Dan macam mana dengan selepas kahwin nanti.

Macam mana kami nak terus tetap pendirian untuk hidup bersederhana dalam kemampuan tanpa hiraukan kata-kata orang terutama sekali mami.

Baca juga: “Aku ni dari kecil dah dibenci keluarga, pandai pula adik beradik aku buat baik bila nak meminjam duit”