“Aku tak faham betul ipar ni, asalkan datang je waktu maghrib, makan nak ‘free’, anak siap suruh aku jaga…”

Oleh MAISARAH AISYA

Ingatlah adab menziarahi sanak saudara, janganlag datang setiap hari dan dikala mereka ingin berehat, hormatlah tuan rumah.

Ini tidak, jadikan pula tuan rumah sebagai hamba, sebagai pembantu rumah, pengasuh percuma atas alasan saudara mara.

Seorang wanita kurang senang akan sikap iparnya yang sering berkunjung ke rumah di kala waktu maghrib untuk makan oercuma, malah meletakkan anak di hujung minggu.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku duduk dekat utara tanah air. Kahwin dengan orang selatan yang suka makan pedas tu. Tinggal dekat rumah lama, rumah peninggalan mentua.

Setiap kali hujung minggu, aku akan berdebar-debar. Risau sebab nanti ipar duai akan datang tidur sini.

Aku tak ada masalah bab tu. Ini kan rumah pusaka, rumah untuk kami semua berkumpul. Paling penat sebab mereka ni suka datang waktu magrib, anak aku semua kecil lagi.

Belum sekolah rendah lagi pun. Dua orang budak kecil tu sangat memerIukan pengawasan aku untuk makan dan mandi.

Bayangkan masa maghrib tiba-tiba ada orang datang. Masa tu lah kau nak solat. Nak ajar minions ni mengaji. Nak mandi. Nak buka pintu untuk tetamu masuk.

Akulah tukang masak setiap kali waktu makan. Ini okay lah sebab menjamu tetamu itu kan pahala yang besar (aku rasa ini kan boleh pakai kalau manusia tu ikhlas je).

Tapi kalau hari tu, dekat pejabat aku dah separuh mati nak siapkan kerja (kejar dateline), tiba-tiba ada pula tetamu hadir tanpa diundang, tak bagitahu terlebih dulu.

Mana suami? Oh, dia kerja dari 9 pagi sampai 9 malam. Masuk masuk ipar akan tanya, masak apa hari ini.

Apa kau rasa? Masalahnya lagi, anak-anak buah semua jenis memilih makanan. Pedas sikit komen, pedasnya. Kenapa ayam kari. Masaklah ayam goreng.

Apakah yang mak bapa mereka buat? Senyum je.

Siang hari anak-anak dibiarkan bermain. Rumah ibarat kapal karam tenggelam. Dengan aku, lepas main mesti kemas.

Adakah mereka kemas? Kemas hanya setelah aku menjadi mak lampir.

Apakah yang mak bapa mereka buat? Main telefon dalam bilik. Hanya keluar bilik bila dipanggil makan. Terdetik jugak di hati ini, adakah mereka menganggap ini hotel?

Atau rumah kebajikan. Haihhh.. Pampers anak-anak mereka dibiarkan bertaburan dalam tandas bilik tetamu. Apa ingat rumah ni ada orang gaji? Haruslah laki aku yang kemas.

Aku ada lah suruh dia slow talk, tapi dia pun tak berani. Kang jadi masam muka, modal bergaduh adik beradik. Aku pun tak suka macam tu.

Wifi kena on 24 jam. Sebab mereka malam buta pun main telefon. Kami selalu at 10pm dah off wifi. Nak dapat rem sleep kan. (mengikut kata google lah)

Berjalan-jalan meninggaIkan anak-anak mereka di rumah. Maka aku lah yang kena jaga makan minum budak-budak ni kat rumah.

Atas alasan anak-anak mereka tak nak ikut. Aku pernah tanya lah anak-anak buah aku ni memang tak suka ikut mak bapak korang jalan-jalan ke?

Aku siap pesan lagi, sekejap je masa korang dengan mak ayah. Nanti lepas ni, dah sekolah menengah, masuk belajar, kerja dan macam-macam lagi la aku tazkirah.

Rupanya mak bapa mereka yang suruh duduk diam-diam dekat rumah sebab mereka nak keluar berdua sahaja.

Penat nak bagi hint, suami pula bagi alasan tak nak bergaduh, semoga ipar-ipar ni diberi kesedaran.

Baca juga: “Hanya kerana lambat sidai kain, tergamak keluarga mentua bakar baju aku dalam bakul”