“Aku terkejut bila mentua mula dingin, rupanya semua ni angkara biras, depan aku acah baik…”

Oleh MAISARAH AISYA

Seorang wanita tidak pernah menyangka bahawa kehadiran biras dalam keluarga boleh mengeruhkan hubungannya dengan mentua.

Dijadikan tempat berkongsi cerita, wanita yang dikenali sebagai Nor itu merasa amat tertekan selepas birasnya tergamak mengkhianati kepercayaan diberinya selama ini.

Berikut perkongsian Nor yang menyesali keputusan diambilnya selepas hubungannya dengan mentua retak menanti belah angkara hasutan isteri kepada adik iparnya.

“Saya Nor, seorang menantu sulung. Sepanjang bergelar menantu dan kakak ipar dalam keluarga suami, saya tak pernah tahu apa yang mereka cakap di belakang saya.

“Pernahlah juga dengar sipi-sipi tetapi saya jenis malas nak ambil peduli. Jadi saya hanya berdiam diri tanpa mengadu dengan suami.

“Senang cerita, suami saya ini anak mak. Sebelum ini pernah sekali mengadu dengan suami apa yang mak dia buat dekat saya. Sebaliknya, saya yang dipersalahkan oleh suami.

Baca Artikel Penuh