“Akulah kuli, aku juga tukang masak masa duduk rumah mentua, bila tak sedap habis 1 kampung dicanang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Duduk di rumah mentua ini tak semuanya indah, kadang-kadang menantu dilayan bagai pembantu rumah tidak bergaji.

Kalau sekali-sekala atau bantu sikit-sikit itu tidaklah menjadi masalah namun kalau sampai badan sudah penat pun dipaksa maka siapa sahaja tidak mengamuk.

Seorang wanita memuat naik luahan, rasa tidak puas hati apabila ibu mentua memintanya untuk tinggal serumah pada bulan puasa nanti.

“Mak mentua minta aku duduk sekali dengan dia masa bulan puasa nanti, automatik aku teringat layanan dia masa aku duduk serumah dulu.

Tiga tahun lepas masa anak sulung aku berusia lima bulan, aku tak kerja dan kami suami isteri menetap di rumah mentua aku.

Aku dilayan seperti kuli, seperti orang gaji tak berbayar, segala kerja rumah aku sepenuhnya buat, bila suami aku nak tolong terus dia halang dengan alasan suami penat.

Baca Artikel Penuh