Alahai Nabila Razali teringin nak mengidam pelik-pelik macam orang lain

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mendedahkan dia ketika ini belum pernah mengidam perkara yang aneh-aneh sepanjang kehamilan anak pertamanya.

Memasuki trimester kedua, Nabila berkata, sebagai wanita hamil, dia turut menanti waktu merasai momen mengidam seperti yang sering dilalui bakal ibu lain.

Namun buat masa ini dia hanya mengidam makanan seperti Burger Ramly dan kek sahaja.

“Setakat ini saya tidak mengalami rasa mengidam yang pelik-pelik. Cuma itulah saya teringin nak makan burger Ramly dan kek. Tapi semuanya mengidam benda mudah lagi.

“Saya pun teringin juga nak mengidam perkara macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu tetapi belum rasa lagi,” katanya memetik Kosmo! Online.

Mengenai keputusannya yang merahsiakan kandungan selama ini, Nabila berkata dia berbuat demikian kerana nasihat dan petua orang-orang dulu.

Nabila dan usahawan Nik Iruwan Nik Izani berkahwin pada 18 November tahun lalu dalam sebuah majlis secara tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.

Pada 4 Oktober baru-baru ini, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari depan.

Baca juga: Pengeluaraan dari akaun Persaraan KWSP untuk tujuan haji tidak dibenarkan