Alamak santan dah basi! Jangan panik, jadikan ia minyak kelapa, boleh lebatkan rambut anak

Oleh MAISARAH AISYA

Ada masa manusia ini akan terlupa melakukan sesuatu perkara, kadang tak ingat tengah rebus telur, tahu-tahu hitam dah kulitnya.

Semua tahu santan akan cepat basi dalam suhu bilik, bila terlupa maka ramai dengan cepat terus buang ia.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Syahirah Hanie mengenai cara untuk buat minyak kelapa dengan menggunakan santan basi.

“Hanya penggunaan santan tanpa bahan pengawet sahaja menjadi. Kalau campur bahan pengawet memang tak menjadi minyak kelapa dara.”

Cara buat minyak kelapa

1. Pastikan guna santan yang dibeli di kedai, bukan yang dalam kotak pula tau. Ini memang khas untuk santas basi sahaja.

2. Bila basi, santan tu akan bertukar menjadi tiga lapisan iaitu air dan minyak bercampur lapisan lemak santan.

3. Cara nak pindah kan ia senang sahaja, gunting di bahagian hujung untuk buang lapisan air, pastikan kecil sahaja.

No photo description available.

4. Bila air dah tinggal sikit terus pindahkan aliran lapisan minyak tu ke dalam bekas pula dan tunggu beberapa minit sebelum lapisan ni bertukar menjadi dua.

5. Pastikan jadi lapisan macam ni. Atas adalah lapisan minyak. Bawah tu lapisan lemak santan basi. Ia mendap ke bawah.

No photo description available.

6. Setelah beberapa minit. Boleh la tapis minyak kedalam bekas lain pula. Tapis dengan perlahan supaya minyak tak campur dgn lapisan dibawah.

7. Lepas ditapis ia akan menjadi cantik, wangi semerbak bau minyak kelapa.

No photo description available.

8. Boleh masukkan dalam botol, satu kilogram santan boleh dapat dua botol kecil.

Jadi boleh dah sapu pada muka,tangan kaki atau kulit sensitif. Selain kulit, Minyak ni boleh lumur pada rambut anak. Lebat nanti.

Jangan teruskan kalau kulit sensitif, nanti makin teruk.

Baca juga: Harga ‘chicken popcorn’ cecah hampir RM60 sekilo, warganet luah rasa tak puas hati