Alif Hadi nak cari pasangan sedap mata memandang, risau mata ‘meliar’ bila nampak wanita cantik

Oleh MALAYSIADATELINE

Bila dah masuk dunia hiburan, perhatian dari orang sekeliling memang tak boleh lari, lebih-lebih lagi kalau ada rupa dan personaliti yang menonjol.

Pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui penampilan luaran antara faktor penting dalam memilih wanita sebagai pasangan hidup.

Jelas Alif, dia sebolehnya mahu memilih wanita yang sedap mata memandang agar pandangannya tidak beralih kepada wanita lain lapor Harian Metro.

“Ya. Sebab sedap mata pandang, jadi saya tak pandang orang lain. Beberapa kali saya sendiri menyaksikan sendiri kejadian contohnya di pusat beli belah.

“Ada segelintir suami yang walaupun sedang mendukung anak dan ada isteri di sebelah, tetapi apabila berselisih dengan wanita cantik dan seksi, mata mereka akan meliar.

“Saya tak mahu jadi seperti itu. Saya nak pandang pasangan saya saja. Saya tahu, dalam agama mungkin tindakan saya ini salah.

“Tapi, saya juga manusia biasa, saya cuba untuk mengawal nafsu daripada memandang wanita lain,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh dan baru sahaja berpisah dengan bekas kekasih yang juga pelakon Yasmin Hani, Alif mengakui ramai yang cuba mendekatinya.

“Memang ada. Bukan saja wanita, bahkan lelaki pun ada,” katanya berseloroh.

Baca juga: Peniaga roti Arab tersipu diusik pertanyaan ‘mana Neelofa?’, muka dan suara mirip PU Riz!