Aliff Aziz curang 11 kali termasuk adik ipar, Bella jalin hubungan dengan Muaz agar suami cemburu

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kembali menjadi sorotan selepas perbualan dan gambar mesranya bersama aktor baharu iaitu Muaz Zabir tersebar luas di media sosial.

Tampil menepis spekulasi, wanita berusia 30 tahun itu mengakui bahawa hubungan yang terjalin antaranya dengan Muaz hanyalah rekaan agar suaminya iaitu pelakon, Aliff Aziz cemburu.

Pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu menjelaskan, kejadian tersebut berlaku tahun lalu setelah Aliff curang dengan dua orang wanita lain termasuk adik kandung Bella, lapor Mstar.

“Saya faham, perkara ini berlaku secara mendadak tetapi netizen sendiri boleh fikir, esok adalah sebutan kes penceraian saya. Mengapa sekarang? Sebenarnya perkara itu berlaku tahun lepas.

“la sudah lama dan niat saya hanya untuk buat suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan yang mengenali tahu bagaimana saya sayangkan Aliff. Jadinya, saya gunakan seseorang untuk buat dia cemburu.

“Sebab ketika itu, dia berlaku curang bersama dua wanita lain yang tak perlu saya sebut namanya. Saya mahukan perhatian dia. Dengan cara itu, saya harap dia beri perhatian dan merasa cemburu,” kata Bella memetik Mstar.

Baca Artikel Penuh