Aliff Syukri buat hal? Rakam lagu raya dalam ‘bathtub’, siap dengan penari menggeletis lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Ingatkan sudah habis drama lagu raya kontroversi daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, rupanya masih ada.

Baru-baru ini Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila lagunya dikatakan diberi kepada artis lain sebelum membuat keputusan untuk tidak merakam lagu.

Namun tular klip pendek satu rakaman disebalik tabir pembikinan muzik video tersebut yang jelas menunjukkan Aliff Syukri di dalam tab mandi.

Seorang pengguna X meluahkan rasa kecewa melihat pembikinan muzik video tersebut yang dilihat menghina perayaan Aidilfitri.

“Aidilfitri adalah perayaan agama. Tapi bila buat video begini, tidak menghina agama kah?

“Lebih teruk sebab yang buat video ini adalah orang Islam sendiri,” ujar pengguna X, SyedAkramin

Baca Artikel Penuh