Almari naik kulat masa musim hujan? Ini cara mudah nak bersihkan ia, ‘gerenti’ tak akan muncul lagi!

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah bila tiba musim hujan, matahari pula tak kelihatan di balik awan mendung maka tak terkejutlah jika kulat ni tumbuh bak pesta di perabot kayu.

Bila musim hujan, ramai memilih untuk tak buka tingkap sebab air hujan senang masuk jadi pengudaraan tak dapat berlaku dengan sebaiknya.

Ikuti perkongsian halaman Facebook ‘Saja Viral‘ tentang cara mudah nak bersih dan hapuskan kulat putih ini.

“Musim hujan ini, cuaca lembab dan basah selalu sangat kulat-kulat macam ni naik ke almari dan perabot rumah.

“Agak payah juga nak hilangkan benda ini sebab kalau dah lap, dua tiga hari kemudian kulat tu pandai naik lagi”.

Cara-cara bersihkan kulat putih

  • Bersihkan dan lap dengan Dettol antiseptic disinfectant (warna coklat). Guna yang jenis spray tu pun boleh juga.
  • Letak dehumidifier dalam almari (tak kisah apa jenama).
  • Letak Silica Gel (paket) di almari, perabot dan mana-mana tempat yang berpotensi lembab. Boleh cari secara online je.
  • Spray cuka di tempat kulat berkampung
  • Pastikan pengudaraan di rumah dan bilik lancar.

Komen wargamaya:

Rata-rata wargamaya memaklumkan mereka menampal kertas di dinding di bahagian almari yang sering tumbuh kulat.

“Dah macam-macam cuba, cuka atau Dettol tetap naik juga. Akhirnya aku cat varnish lepas tu tampal kertas dinding.

“Beza perabot dulu dengan sekarang, aku tengok perabot mak aku beli tahun 2000 tu sampai sekarang tak naik kulat, kualiti zaman sekarang dah tak sama.

“Perabot sekarang banyak guna habuk kayu yang dimampatkn. Sebab tu senang ada kulat. Kalau nak atasi kena letak cat atau varnish,” antara komen wargamaya.

Baca juga: “Masa berpantang pun suruh kerja” – Pempengaruh ‘old money’ didakwa tak bayar gaji pekerja