Lumrah bagi setiap wanita untuk mengimpikan tubuh yang langsing selepas bersalin, bimbang jika suami terpikat pada wanita lain.
Namun, hakikatnya bukan semua lelaki menilai berdasarkan bentuk fizikal semata-mata.
Ramai juga suami yang lebih mementingkan kesihatan dan kebahagiaan isteri berbanding saiz tubuh badan.
Buat pelakon yang pernah menghiasi televisyen satu ketika dahulu, Datin Almy Nadia dilihat berbeza selepas berkahwin.
Ibu kepada lima anak perempuan itu berkongsi dalam siaran langsung tentang impiannya untuk kurus namun tidak dibenar suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz.
“Suami aku tu selalu cakap ma (Almy) janganlah kurus ma nanti susah dia nak peluk, nak gigit.
“Suami aku marah kalau aku cakap aku nak kurus,” kongsinya dalam siaran langsung tersebut.
Jelas Almy, selain tiada kebenaran suami, faktor menyusu anak juga menjadi penyebab dia tidak boleh menurunkan berat badan.
“Dia cakap boleh nak kurus tapi sabar bagi anak-anak besar dulu. Sekarang anak masih menyusu lagi.
“Jenis saya ni, bila anak menyusu, memang akan gemuk sebab saya makan banyak,” kongsinya.
Rata-rata netizen memahami perasaan Almy malah ada yang menyatakan bahawa suami mereka juga tidak suka sekiranya mereka berdiet.
“Suami saya pun tak suka saya kurus, kalau dia nampak macam saya turun berat atau seluar longgar mesti dia persoal kena makin kurus, dia tak nak saya nampak kurus macam zaman sekolah.
“Sama macam suami saya, setiap kali nak kurus mesti dia sakit hati, akhirnya dia jadi punca diet gagal, mulalah beli makanan sedap-sedap.
“Ini sebab suami betul sayang awak, dia hargai pengorbanan isteri melahirkan dan menyusukan anak, tak apa nanti anak besar boleh kurus,” antara komen netizen.
Baca juga: Jefri Nichol serius nak jadi sebahagian dari hidup Ameera Khan, tidak mahu kehilangan kekasih