Amanah Ikhtiar, Tekun dan IKS tak terjejas dalam potongan bajet

Oleh BORHAN AHMAD

Kerajaan tidak mengurangkan bajet untuk aktiviti pembiayaan makro dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 28 Jan, kata Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan (MOF) Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

“Kami sedang mengubah suai bajet. Mungkin kami kami tidak akan mengurangkan (bagi pembiayaan makro),” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Pembiayaan Makro ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM200 juta bagi menyokong aktiviti pembiayaan makro pada 2015 menerusi pelbagai agensi, termasuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sementara itu, Ketua Setiausaha MOF Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata makroekonomi memain peranan penting dalam pembangunan dan kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memandangkan ia menangani cabaran ke atas kurangnya pilihan pembiayaan yang dihadapi PKS.

Beliau berkata pelarasan tindakan di peringkat negara dan serantau perlu bagi mengukuhkan penyampaian perkhidmatan institusi pembiayaan makro kepada mereka yang memerlukannya.

“Untuk itu, kita perlukan model pembiayaan makro yang berpaksikan rakyat yang merealisaskikan harapan untuk berkongsi kemakmuran,” katanya dalam ucaptama pada persidangan itu.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ahmad Badri.

Mohd Irwan berkata untuk bergerak ke dapan, kerajaan perlu menangani cabaran dalam aktiviti pembiayaan makro, termasuk celik kewangan yang terhad, rangka kerja kawal aturan pembiayaan makro dan infrastruktur yang tidak mencukupi.

“Untuk menangani cabaran ini, model pembangunan baharu berasaskan perubahan struktur perlu dilakukan bagi memastikan pembangunan yang terangkum, berdaya tahan dan mampan menerusi pendekatan bersepadu dalam pembiayaan makro,” katanya.

Persidangan sehari itu dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategik Asia.

— BERNAMA