AMANAH Kedah hantar misi bantuan banjir ke Selangor

Oleh ARIF ATAN

Kumpulan pertama sukarelawan AMANAH Negeri Kedah bersama ARIF bagi membantu mangsa banjir di Selangor telah digerakkan kelmarin.

Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan kedua dan ketiga misi bantuan akan menyusul dengan AMANAH negeri ditugaskan kepada tiga pasukan.

“AMANAH Negeri Kedah ditugaskan untuk membantu kawasan Sepang di mana para petugas akan melaksanakan misi bantuan mengikut giliran.

“Selain itu, ia akan turut diwakili oleh petugas dari kawasan AMANAH yang berbeza bagi memastikan kelancaran misi bantuan tersebut termasuklah agihan barangan keperluan, kerja-kerja pembersihan serta program Dapur Rakyat.

“Konvoi misi bantuan yang telah dilancarkan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi di Plaza Tol Sungai Petani Utara tersebut dijangka akan berjalan selama 10 hari setelah didapati semua daerah di Sepangor terkesan dengan musibah banjir pada Sabtu yang lalu,” ujar beliau.

Misi ini turut melibatkan penyertaan setiap AJK AMANAH Negeri, kawasan, Pemuda, AWAN serta juga ARIF Negeri Kedah.

Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (tengah) semasa melepaskan misi bantuan AMANAH negeri ke Selangor di Plaza Tol Sungai Petani kelmarin.