AMANAH dan PKR bukannya kuda tunggangan DAP. Dakwaan oleh Adun DAP Bilut harus disedari oleh beliau bahawa selama ini sekiranya PH kalah adalah kerana DAPPHOBIA dalam kalangan orang Melayu yang ditiupkan sentimen tersebut oleh Umno-BN.
Manakala itu kini ia ditambah pula oleh Perikatan Nasional(PN) iaitu Bersatu dan Pas yang sememangnya anti DAP dan mereka membakar hati orang Melayu dengan pelbagai label anti Islam, anti Melayu, komunis, anti hudud, rasis dan sebagainya.
Koordinator Jingga 13 Pahang, Ahmad Shahril Ismail berkata, harus disedari bahawa orang Melayu tidak undi PH kerana Dap dan bukannya kerana Anwar Ibrahim.
“Terbukti walaupun Melayu Umno-BN atau PN terpalit dengan isu rasuah, penyelewengan dan skandal yang menjijikkan, namun orang Melayu lebih sanggup memilih perasuah, penyangak dan penyamun asalkan jangan PH yang bersekongkol dengan DAP.
“Propaganda kalau undi PH ‘ina akan berkuasa”, ‘cina akan jadi Perdana Menteri atau Ketua Menteri’ dan pelbagai fitnah lagi dipercayai kerana orang Melayu telah dibutakan dan dimomokkan sekian lama terutamanya mereka di kampung.
“Inilah senjata ampuh yang digunakan oleh Umno-BN dan PN yang gagal ditangkis oleh Dap serta tidak membantu menafikan tohmahan dan fitnah yang sengaja dicipta agar orang Melayu menjauhi PH terutamanya apabila calon. AMANAH dan KEADILAN beranding atas tiket PH di kawasan majoriti Melayu, ” ujar beliau dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Tanya beliau lagi sejauh manakah Adun Dap Bilut telah mengambil inisiatif agar orang Melayu mampu menolak propaganda yang dimainkan oleh Umno-BN dan PN yang mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam.
Tambahnya, DAPPHOBIA dikalangan orang Melayu telah ditanam sejak 13 Mei 1969 oleh Umno sehingga kini telah menyebabkan ada dikalangan majoriti orang Melayu menolak PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya Adun DAP Bilut cuba menuding jari kepada Anwar.
Katanya lagi, DAP sewajarnya berusaha menghapuskan persepsi negatif yang dimainkan oleh Umno-BN dan PN kerana setiap. kali adanya PRN maupun PRU isu ini akan terus dimainkan dan diputar kembali bagi membakar sentimen orang Melayu.
Jelas Ahmad Shahril lagi, pimpinan DAP Pusat wajar berhati-hati, mendidik dan mendisiplinkan pimpinan mereka daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.
Sehubungan itu kata beliau, Jingga 13 Pahang mendesak agar satu tindakan tegas diambil terhadap Adun Dap Bilut dan beliau dinasihatkan supaya tidak asyik menuding jari kepada orang lain serta kekalahan PH harus dikaji dan diperbaiki kerana PH bukan individu, tetapi secara muafakat dan kolektif semua kepimpinan PH.