“Ambil dan beri pada staf” – Kedai tampal resit makanan sudah dibayar raih perhatian, mahu bantu orang susah

Oleh MALAYSIADATELINE

Pastinya mereka yang tidak berkemampuan terpaksa mengikat perut sementara menunggu gaji akan datang.

Disebabkan itu satu kedai di Klang, Selangor membuat konsep pelanggan boleh bayar makanan terlebih dahulu untuk mereka yang tidak berkemampuan dan sedang lapar.

Tular gambar yang dikongsikan pengguna Facebook, David Kan Yew Weng menunjukkan resit-resit makanan yang sudah dibayar.

“Kami memahami bahawa kadang-kadang kehidupan boleh menjadi mencabar. Jika anda lapar dan tiada wang, makanan ini telah dibayar terlebih dahulu untuk anda.

“Kami di sini untuk menyokong komuniti kita, kerana tiada sesiapa harus kelaparan,” tulisnya di Facebook.

Jelas David lagi segala bahan mentah di ambil dari pembekal yang mempunyai sijil dan tukang masak mereka adalah muslim.

“Pembekal ada sijil halal dan tukang masak Muslim. Resit makanan yang telah dibayar ada di depan kaunter. Boleh terus ambil dan berikan kepada staff kami,” ujarnya menjawab persoalan pengguna Facebook.

Pada masa dia memaklumkan resit tersebut dibayar berdasarkan sokongan, derma dan pembelian oleh pelanggan dan juga staf kedai.

Rata-rata netizen memuji tindakan kedai tersebut yang dilihat amat membantu dikala ekonomi sedang tidak stabil.

“Yang mana ada rezeki lebih inilah cara untuk tambah pahala. Semoga melimpah rezeki mereka yang suka beri orang makan.

“Harap lebih banyak kedai makan buat macam ini, mesti ramai yang nak bagi sumbangan.

“Kalau rasa waswas dengan kedai ini maka tak perlu makan. Islam itu mudah dan berilah peluang kepada orang lain, banyak lagi orang bukan Islam hidup susah,” antara komen netizen.

Baca juga: Pihak universiti cat semula dinding asrama berkulat lepas tular keadaan fasiliti uni usang